Cawan. Siapa yang tak tahu dan tak kenal cawan. Bekas yang biasanya berbentuk bulat dan biasanya bertangkai untuk minum teh, kopi, milo atau apa saja minuman. Tapi hari ini hamba bukan nak membincangkan tentang apa ini cawan, ataupun diperbuat daripada apa lebih bagus atau asal usul cawan. tetapi ingin mengajak semua bersama-sama saya berfikir sejenak. Kita jadikan cawan ini sebagai model dalam cerita hamba. Hamba lebih suka menjadikan cawan sebagai objek dalam cerita saya kerana ia simple dan semua kenal akan cawan.
Bayangkan., pada ketika zaman ini, kita tidak tahu apa itu cawan. Maknanya disini pada zaman ini cawan tak pernah wujud. Jadi nak dijadikan cerita. ada seorang yang bijak pandai serta kreatif pada zaman ini telah mencipta bekas untuk mengisi minuman yang dinamakan cawan. Oleh kerana kejayaan dan keagungan hasil ciptaan cendikiawan tadi, maka cawan ini telah dipamerkan disuatu dewan tertutup untuk ditunjukkan kepada 2 pemimpin yang terunggul untuk melihat dan memberikan pendapat mengenai cawan tersebut.
Jadi kini dua pemimpin yang dijemput sudah mengambil tempat duduk masing-masing dimana pemimpin A duduk berhadapan dengan pemimpin B dan cawan pula letaknya diatas meja dan ditutup dengan bekas lutsinar dari kaca di tengah-tengah antara pemimpin tadi. Maka masing-masing dengan penuh rasa kagum dan teruja melihat hasil cipta cendikiawan. Setelah masing-masing puas melihat hasil ciptaan cawan tadi, mereka dijemput memberi pendapat tentang cawan tadi.
Pemimpin A ( P.A ) : Hurm...cawan ini tak ada cacat celanya. Saya fikir ia amat sesuai untuk untuk diisi minuman.
Pemimpin B ( P.B ) : Ya..ya..saya setuju dengan awak. Memang cantik..Erm...dan saya fikir tangkainya juga menarik.Mudah untuk dipegang jika air yang dimasukkan ke dalamnya pa...
Tiba-tiba pemimpin A mencelah.
P.A : Mana ada tangkai tuan..Hahahaha..Cawan mana ada tangkai. Saya tak menyangka tuan disana rabun. Hahahahaha!!!!!
Pemimpin B merasa marah. Dia berasa tercabar kerana selama ini dia yang dihormati dan disanjungi mudah-mudah dipanggil rabun dan diperkecil-kecilkan. Memang betul cawan itu bertangkai tetapi letaknya tangkai tersebut memang betul2 berhadapan dengan pemimpin B. Jadi tidak salah juga sebenarnya pemimpin A kerana di bahagian depannya pula cawan memang kelihatan tidak bertangkai.
P. B : Saya kata cawan ini bertangkai. Ooooh..Tuan sengaja menidakkan ia ya. Saya tahu negara saya lebih kaya dan kuat berbanding negara tuan jadi pada ketika ini, tuan mengambil peluang untuk memalukan saya dan negara saya dengan menyatakan saya rabun. Saya tidak boleh terima ini. WHAT A SHAME!!!!
Jadi mereka pun bertengkar. Dari dimulai rabun, hingga ke masalah lain yang tidak ada kena mengena dengan cawan tadi. Tiada istilah mengalah. Masing-masing punya status, pengaruh, punya kuasa. Jadi mereka tidak boleh kalah. Kalah bereti malu, kalah bererti dayus. Masing-masing mencari kelemahan untuk menjatuhkan lawan mereka. Apabila tiada keputusan, masing-masing memutuskan untuk berperang. Perang bererti siapa kuat dialah yang benar. Apa mereka peduli, berapa banyak terkorban, berapa banyak kerugian, berapa banyak kemusnahan. Janji mereka menang.
Jadi. Apa yang kita dapat dari cerita diatas, WHAT WE LEARN FROM THE STORY ABOVE..
Bukankah jawapan dari pemimpin A betul, jawapan B juga betul. Cuma mereka melihat dari sudut yang berbeza. P.A tidak nampak apa yang P.B nampak, begitu juga sebaliknya. Tiada siapa yang salah dalam hal ini. Dua- dua betul. Tetapi mengapa mereka bergaduh? Adakah kerana cawan? Oh sudah tentulah tidak..Sudah tentulah kerana rasa tercabar, rasa aku lebih hebat, aku lebih bagus dari dia. Jadi adakah mereka membincangkan tentang cawan selepas itu. TIDAKKKK....Mereka membincangkan soal di luar cawan. Kau rabun, tak kuat, dan lain -lain lagi.
Begitu juga dengan agama kita iaitu Islam. Islam adalah satu. Seluruh umat Islam menjadikan Al-Quran dan As Sunnah sebagai panduan dan pedoman. Tetapi persoalannya disini mengapakah sesama Islam pun kita bercanggah pendapat. Mengapa kita lebih banyak mencari salah dari mencari kebenaran. Bukankah bila bertemu kebenaran, yang bathil pun akan terhapus. Kita lebih suka mempersoalkan tentang ranting -ranting kecil malah sanggup dibawa ke forum-forum, mesyuarat untuk berbincang, sedangkan soal pemantapan keimanan, tauhid..tiada...mungkin ada tetapi sekadar bercerita.(contoh: "Hendaklah kita beriman kepada Allah, mengikut suruhan-Nya, dan meninggalkan larangan-Nya...)Ya..betul. Tetapi bagaimana untuk beriman jika kita sendiri pun masih tidak nampak dan tidak ada suluhan tentang apa sebenar-sebenarnya iman . Mengapa? Kita sanggup memikirkan itu dan bercanggahan pendapat daripada kita sama-sama memikirkan tentang soal akarnya iaitu bahagian yang paling kukuh iaitu suluhan yang sebenar -benarnya, yang jika kita dapat., datanglah berapa besar raksasa, berapa banyak bala, pasti tidak akan goyah kita menghadapinya.
Kita harus terima hakikat, kita tiada suluhan. Sebab itu kita mudah goyah, kerana itu kita mudah jatuh. Selagi tiada itu, kita tidak akan kemana. tetapi persoalannya apakah itu suluhan, suluhan yang terang? yang bila kita jumpa, yang bathil akan hilang? Tiada lagi was-was atau prasangka. Tiada lagi persoalan, malah kita mengakuinya dengan hati, lisan dan perbuatan. Kita imbas balik cerita tadi.
Pemimpin B merasa marah. Dia berasa tercabar kerana selama ini dia yang dihormati dan disanjungi mudah-mudah dipanggil rabun dan diperkecil-kecilkan. Memang betul cawan itu bertangkai tetapi letaknya tangkai tersebut memang betul2 berhadapan dengan pemimpin B. Jadi tidak salah juga sebenarnya pemimpin A kerana di bahagian depannya pula cawan memang kelihatan tidak bertangkai.
P. B : Saya kata cawan ini bertangkai. Ooooh..Tuan sengaja menidakkan ia ya. Saya tahu negara saya lebih kaya dan kuat berbanding negara tuan jadi pada ketika ini, tuan mengambil peluang untuk memalukan saya dan negara saya dengan menyatakan saya rabun. Saya tidak boleh terima ini. WHAT A SHAME!!!!
Tiba- tiba datang seorang cendikiawan ( C ) yang merasakan keadaan semakin buruk. Dia mula berbicara.
C : Tuan- tuan semua, antara kalian dua-dua nya betul. Tiada seorangpun yang salah. Mengapa saya kata begitu. Saya mintak kedua -dua tuan yang saya hormati untuk berdiri bersama-sama saya melihat apakah cawan ini sebenarnya. ( Sambil membawa kedua -dua pemimpin tadi di suatu sudut yang menampakkan keseluruhan bentuk cawan tersebut ). Nah..nampak kan tuan-tuan..dua-dua jawapan tuan tadi betul. Disebelah cawan situ memang tak ada tangkai kerana tangkainya terletak disebelah sana. Cuma sebentar tadi tuan-tuan tidak menjumpai sudut yang boleh menampakkan semua bentuk cawan tadi, kan?
Kedua -dua pemimpin terdiam. Tidak dapat berkata apa-apa. Memang benar yang dikatakan oleh cendikiawan tadi. :)

No comments:
Post a Comment